Assalamualaikum,
I'm in a relationship. A love hate relationship with love songs. They are nice to my ears but not to my heart. They are cruel to her. I pity her. But I still listen to them, till now. Till this very moment.
Benci! Tapi kena dengar sebab ngantok buat assignment.
Takde.
Takde lagu lain.
Ok, ada. Tapi aku buat-buat macam takde.
"dah kenapa kau ni??" marah en.otak pada aku.
bye.
Saturday, 23 November 2013
Friday, 22 November 2013
sejuk
thank You Allah
Thursday, 21 November 2013
Math, bukan sekadar nombor
Assalamualaikum,
Matematik, ia lebih dari sekadar nombor. Lebih dari kira-kira. Malah, bila aku jadi mathematician, aku dapat rasa jadi macam-macam. Bukan sekadar jadi ahli matematik.
Bila jadi mathematician ni, aku berpeluang jadi detektif. Klien tetap aku, En.Y. Tak jemu-jemu mencari kekasihnya, Cik.X yang selalu saja menghilangkan diri. Lepas satu masalah, timbul satu lagi masalah. Dan tugas aku, membantu En.Y mencari Cik.X. Dari dulu hingga kini. Ada kalanya rasa bosan juga jadi orang tengah dalam kisah percintaan mereka tapi it totally worth it bila finally mereka dah bersatu kembali. Lalu aku satukan (substitute) mereka di dalam satu perkahwinan (function). Jadi matchmaker pulak. Ada yang sampai beranak pinak, (substitute x,y in f(x) = C). Ada juga yang tiada rezeki untuk memiliki cahaya mata (when substitute x and y in f(x) =0). Tak apa la, asalkan mereka bahagia :)
PITA aku pasal faraid. Tipulah kalau aku tak rasa cuak sebab PITA aku boleh kata sebahagian besarnya pasal latar belakang faraid. Jalan kira dia ciput je. Senang pulak tu. Tak ada guna sin cos bagai. Lalu penyelia aku, Dr.A cakap,
"Matematik ni lebih dari kira-kira. Saya memang nak tergelak la kalau orang cakap dia suka math sebab dia suka main dengan nombor. Math ni lebih kepada pemahaman. Kenapa kena tambah ni? Kenapa kena darab tu? Contohnya bila kita nak kira bilangan orang dalam equation, dan kita dapat dua nilai, positif dan negatif, kita abaikan yang negatif. Sebab kita tahu bilangan benda mana boleh negatif. Itulah matematik."
Itulah antara kata-kata beliau yang aku ingat. Tapi ayat dia hari tu memang agak bombastik la jugak sampai boleh mencetuskan ilham untuk aku buat entry ni. (Macih banyak dr.A. *wink*). Tapi, bila fikir-fikir balik, memang ye pun. Especially pada peringkat aku ni, mana ada dah jumpa nombor sangat. Yang banyak simbol-simbol ja.
"Kalau ada pensyarah yang persoalkan pasal PITA saya yang tak banyak math ni macam mana dr?" aku bertanya.
"Awak simpan equation awak dan suruh lecturer tu come out dengan equation dia sendiri yang boleh selesaikan masalah faraid tu"
"Gulp"
"Eh, jap. Equation? Maksud dr, sem depan saya kena buat equation sendiri untuk selesaikan faraid??"
Dr.A senyum.
"Memang ada dalam perancangan saya pun, hehe"
Astaghfirullahal'adzim.

Tuesday, 19 November 2013
Hujan
Assalamualaikum,
![]() |
| pokcik google |
Hujan,
langit menangis lagi,
para petani mendongak ke langit,
meraup wajah,
syukur.
nelayan menoleh ke belakang,
isterinya berwajah hiba
risau.
senyuman nelayan menepis perasaan gundah isterinya.
"insyaAllah Allah bersamaku"
si isteri kembali tenang.
kembali tersenyum.
Langit terus menangis.
dan aku memandang ke sana.
ke arah deretan kereta.
"sya, kita tumpang letak payung ni dalam kereta sya ye?"
ayat itu ku dengar lagi.
seolah diputar berkali-kali.
macam mana aku nak ke kelas.
kalau langit masih menangis?
dan aku pilih untuk berteduh di sini.
payungtakada
hmm..
oh final year
Assalamualaikum,
lepas baca ni, kalau tak insaf lagi tak tahu la.
Gambar ini diambil sebelum aku kenal apa tu PITA. apa tu sorotan kajian, methodology bagai. diambil di surau jalan biawak (budak u aku tau la jalan apa tu). motif gambar ini tidak dapat dikenal pasti.
Kurang dari 10 jam dari sekarang, aku akan berjumpa dengan dr A. ya, kita panggil dia dr.A saja. dr A merupakan penyelia PITA aku. seriously aku tak ada apa-apa nak bagi kat dia esok. bab dua PITA aku macam serabut je nak buat. so aku proceed la bab tiga, senang sikit. tapi dah jauh malam ni dop siap-siap lagi. bukan salah kerja menimbun, tapi salah aku yang selalu ja mencari aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah untuk dilakukan. lepas Fb, blog. lepas blog, Fb balik. pastu movie pulak.
"Dah kenapa aku ni?" getus hati kecilku apabila geram dengan tindakan sendiri.
Like seriously SNBJay, mana semangat kau masa awal sem dulu. kononnya nak dekan. nak cover balik cgpa kau. attitude macam ni, dekan la sangat.
facepalm apabila mengenangkan betapa bijaknya aku dulu, yang mengandaikan tahun 3 ni tahun senior yang menyeronokkan. senior? belum ada sorang junior pun yang panggil aku kakak masa diorang nak tanya soalan. mungkin sebab effect pencuci muka aku yang tinggi kadar keberkesanannya barangkali. habis hilang garis-garis usia yang tidak sempat lagi singgah di muka ini.
![]() |
| fb |
lepas baca ni, kalau tak insaf lagi tak tahu la.
perfect
Assalamualaikum,
Aku tahu aku tak perfect.
Aku tak paksa kau terima kelemahan aku.
Kau boleh menjauh kalau kau mahu.
Pergilah jika kelemahan aku menyakitkan kau.
dan kalau aku dah bangkit.
dan kalau aku dah mengatasi kelemahan aku.
Kau datang la balik.
Sebab aku masih perlu kau.
Kau dah jadi sebahagian dari aku.
Sebab aku tak mahu kelemahan aku menyakiti sesiapa.
Biarlah ia hanya menyakiti aku.
Biarlah ia hadir untuk mengingatkan aku yang aku tak sempurna.
Biarlah aku tahu kewujudannya agar aku tahu, bahagian mana yang aku harus perbaiki.
Ya, terima kasih sebab banyak bersabar.
Aku harap kau sanggup tunggu.
Tunggu sampai aku sempurna.
Ya, sempurna seperti engkau.
insantaksempurna.
apa ni?
entah :)
p/s : tiada kena mengena sama ada dengan hubungan halal antara suami isteri mahu pun hubungan harom antara pakwe makwe.

Monday, 18 November 2013
syukur
Assalamualaikum,
Kita selalu hitung apa yang kita tak ada.
Kita takde kamera canggih-canggih. tak ada kereta mewah. tak ada rumah dua tingkat beserta swimming pool. tak genius macam cendiakawan Islam.
Tapi kita selalu lupa untuk kira apa yang kita ada.
kan?
Thanks Allah,
for giving me my family, my friends, my knowledge, my body, hands, legs, beautiful eyes, etc.
Tak tersebut banyaknya nikmat yang Allah berikan.
Jom ucap terima kasih kepada Dia :)
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah Ar-Rahman 55: 13)

Sunday, 17 November 2013
ujian
Assalamualaikum,
"Awak dah masuk group kita ni, awak jangan lembab-lembab tau" kata seorang hamba Allah kepadaku sewaktu aku darjah 6.
Ceh, ingat lagi tu. Once you hurt a girl, she might forgive you but she'll never forget. Dan disebabkan aku seorang gadis, maka terpaksalah aku memenuhkan ruang-ruang otak aku dengan fakta-fakta sebegini.
# chop!
sebagai seorang muslim, ada 2 perkara yang kita kena ingat, dan 2 perkara kita kena lupa.
ingat!
-kebaikan orang pada kita.
-keburukan kita pada orang.
lupa!
-kebaikan kita pada orang
-keburukan orang pada kita.
Dan, apa reaksi aku masa tu?? Kalau la peristiwa tu berlaku pada hari ini, mungkin aku akan membalas kepedasan kata-katanya dengan ayat bombastik lagi menyengat sanubari sesiapa saja yang mendengarnya. Mungkin la. Mungkin juga tidak. Tapi surprisingly aku yang darjah 6 dahulu bertindak dengan mendiamkan diri, plus siap bersyukur lagi ada orang nak ambil aku masuk group dia. Tipulah masa dulu aku tak pernah tertanya-tanya kenapa aku kena rasa layanan macam tu. Honestly, dulu aku memang tersangatlah blur orangnya. Susah nak pick-up. Mungkin Allah nak uji aku di situ. Sekarang ni Alhamdulillah, mudah nak faham. Aku tak la cakap yang aku genius tapi at least I'm a better person than I was before. Dan bila aku fikir-fikir balik, memang Allah sengaja letakkan aku dalam situasi-situasi macam tu. Kalaulah aku tak merasa semua tu, mana mungkin aku ada kesabaran nak ajar sesiapa je yang tanya aku apa-apa soalan.. Mana mungkin aku boleh membayangkan betapa sedihnya bila semua orang faham tapi kite sorang-sorang je yang blur dalam kelas. Terima kasih Allah. Dan, yang paling penting, ujian-ujian macam tu la buat aku kebal. Kebal dengan sindiran, kutukan sebab masa kecil dulu dah lali dengan semua tu. Thanks to Allah, I'm a stronger person than I used to be.
p/s : bersangka baiklah dengan Allah dan ujian-ujianNya :)
Thursday, 26 September 2013
PDE part 2
Assalamualaikum,
Malam ni nak share jawapan quiz PDE :)
# soalan 1
Cara nak jawab soalan ni sama je dengan yang kite dah bincang post pertama hari tu.
boleh klik kat sini kalau nak tengok balik.
yang dua baris pertama tu soalan dia tau :)
# soalan 2
Kalau integrate f(y) terhadap y, kita akan dapat F(y). Tapi dalam jalan pengiraan jalan lupa sertakan sebab dia (yang dalam kotak tu).
# soalan 3
Soalan nombor 3 ni memang susah sikit dari soalan 1 dan 2. kena recall sikit dari DE dulu.
steps :
1. Mula dari baris yang ke 4 tu ye. Tukarkan dari bentuk derivative kepada bentuk D. Sebab order derivative tu 2, maka kita dapat D kuasa dua. yang satu tu sebab 'u' tu order 0, so dia cuma jadi 1. Letak u kat luar bracket sebab dia function of u.
2. Ambil yang dalam bracket tu dan tukarkan dia jadi m.
3. selesaikan. bila m = + - i, kita akan dapat u = f (x) siny + g (x)cosy. siap :)

Tuesday, 24 September 2013
Partial Differential Equations (PDE) part1
Assalamualaikum,
Bila dah masuk senior year ni rasa macam rajin je nak tulis notes, ehehe. kite tak ada la pandai sangat tapi apa yang ada, kite akan cuba kongsikan dengan semua. Kalau ada yang salah tu tegur la ye sebab kita semua tak perfect kan? :)

Harap-harap dengan adanya nota ni, lebih ramai lagi orang akan minat ambil subjek PDE. ceh :)
Differential equation : an equation that relates the derivatives of a (scalar) function depending on one or more variables.
examples :
![]() |
| diferential equation of function u(x) depending on single variable x |
![]() |
| Differential equation of function u( t, x, y) depending on 3 variables, t, x and y. |
p/s : tengok pada pembawah (denominator) dia kalau nak tahu berapa banyak variables.
* satu differential equation tu dipanggil :
-> partial bila function tu bergantung pada lebih dari satu pemboleh ubah.
+ Ordinary Differential Equation (ODE) ada arbitrary constants dalam general solution
+ Partial Differential Equation (PDE) ada arbitrary functions dalam general solution.
Cara nak integrate PDE :
# contoh 1
* biasanya dalam ODE kalau kita integrate, kita akan tambah kuasa dia dan tambah c (arbitrary constant) macam ni..
tapi dalam PDE, yang c tu kita akan ganti dengan f(y), (arbitrary function) di mana untuk function u(x,y), kalau kita integrate 0 terhadap x seperti dalam #contoh 1 tu, kita akan dapat arbitrary function of y, f(y). sama juga kalau kita integrate 0 terhadap y, kita akan dapat arbitrary function of x, f(x). dia akan dapat yang berlawanan. faham? :)
# contoh 2
# contoh 3
Yang warna biru tu nak tujuk bila arbitrary function of y, f(y) tu kita integrate terhadap x, dia akan menhasilkan pertambahan kuasa x dan arbitrary constant of y, g(y). kita guna g(y) sebab dah guna f(y). kalau ODE kita wakilkan C1 dan C2 je.
# contoh 4
# contoh 5
yang last sekali # contoh 5 ni, cuba perhatikan yang warna merah tu, integrate f(x) terhadap x. untuk contoh-contoh kat atas, biasanya f(x) akan kita integrate terhadap y, atau f(y) kita integrate terhadap x. bila berdepan dengan arbitrary function of ___ integrate terhadap __ yang sama, kita akan dapat hasil F(x), di mana F(x) sama dengan integration of f(x).
selamat belajar :)
Subscribe to:
Comments (Atom)