Tuesday, 19 November 2013

oh final year

Assalamualaikum,




Gambar ini diambil sebelum aku kenal apa tu PITA. apa tu sorotan kajian, methodology bagai. diambil di surau jalan biawak (budak u aku tau la jalan apa tu). motif gambar ini tidak dapat dikenal pasti.

Kurang dari 10 jam dari sekarang, aku akan berjumpa dengan dr A. ya, kita panggil dia dr.A saja. dr A merupakan penyelia PITA aku. seriously aku tak ada apa-apa nak bagi kat dia esok. bab dua PITA aku macam serabut je nak buat. so aku proceed la bab tiga, senang sikit. tapi dah jauh malam ni dop siap-siap lagi. bukan salah kerja menimbun, tapi salah aku yang selalu ja mencari aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah untuk dilakukan. lepas Fb, blog. lepas blog, Fb balik. pastu movie pulak.

"Dah kenapa aku ni?" getus hati kecilku apabila geram dengan tindakan sendiri.

Like seriously SNBJay, mana semangat kau masa awal sem dulu. kononnya nak dekan. nak cover balik cgpa kau. attitude macam ni, dekan la sangat.


facepalm apabila mengenangkan betapa bijaknya aku dulu, yang mengandaikan tahun 3 ni tahun senior yang menyeronokkan. senior? belum ada sorang junior pun yang panggil aku kakak masa diorang nak tanya soalan. mungkin sebab effect pencuci muka aku yang tinggi kadar keberkesanannya barangkali. habis hilang garis-garis usia yang tidak sempat lagi singgah di muka ini.

fb

lepas baca ni, kalau tak insaf lagi tak tahu la.




No comments:

Post a Comment