Saturday, 1 March 2014

Encik Mimpi


Assalamualaikum,

aku kan.. jarang betul suka mana-mana penyanyi especially lelaki. biasanya aku minat lagu je. tapi hari ni, 1 march, aku isytiharkan diri aku sebagai peminat encik mimpi, hihi.

ok, mesti korang macam..
"wey, kitorang dah lama la minat kat dia, sejak lagu dia jadi ost drama tu. kau baru nak suka??"

haha, first, aku tak tengok drama. seriously! second, memang aku tau lama dah lagu ni but before this aku dengar macam tu je la, takde la minat sangat. hari ni tetibe nak tengok pula penyanyi dia kat youtube. ok, dia bertopeng. one point for encik mimpi, sebab aku memang minat manusia yang bertopeng. nampak cool dan low profile :)

gambar curik kat fb dia
https://www.facebook.com/EncikMimpiMusic


next, sebab memang dia berbakat. aku tengok dia nyanyi live kat thrgegar, memang sempoi je.

then, menggunakan bakat stalker aku (ppfftt, padahal google jer), barulah aku tahu yang dia ialah seorang blogger. ok, aku mengaku tak baca sangat pun apa yang dia tulis tapi aku tengok la video-video lagu inggeris yang dimelayukan, serius, awesome!

so, best of luck  encik mimpi :)
you'll have my vote :)

bila tengok dia, teringat pada..

kid the phantom thief

tuxedo bertopeng

v
kan? :)

kalau rajin singgah-singgah la blog dia :)

http://encikmimpi.blogspot.com/

Saturday, 23 November 2013

mengarut

Assalamualaikum,



I'm in a relationship. A love hate relationship with love songs. They are nice to my ears but not to my heart. They are cruel to her. I pity her. But I still listen to them, till now. Till this very moment.

Benci! Tapi kena dengar sebab ngantok buat assignment.

Takde.

Takde lagu lain.

Ok, ada. Tapi aku buat-buat macam takde.

"dah kenapa kau ni??" marah en.otak pada aku.

bye.




Friday, 22 November 2013

sejuk

Assalamualaikum,

google


Langit masih menangis,

Alam pun dingin semacam.

Mana matahari?

Siapa nak pujuk ni?



google
Cara-cara aku mandi masa musim winter di Terengganu.


Sejuk wow!

thank You Allah

Assalamualaikum,

google


Bila rasa tak pasti, serahkan je pada Allah.

InsyaAllah, Dia akan tunjukkan.

Yang mana untuk kita dan yang mana bukan.

Terima kasih Allah :')

It is easier now for me to make up my mind :)

I'm glad that I trust You in the first place :)

Thursday, 21 November 2013

Math, bukan sekadar nombor

Assalamualaikum,



Matematik, ia lebih dari sekadar nombor. Lebih dari kira-kira. Malah, bila aku jadi mathematician, aku dapat rasa jadi macam-macam. Bukan sekadar jadi ahli matematik.

Bila jadi mathematician ni, aku berpeluang jadi detektif. Klien tetap aku, En.Y. Tak jemu-jemu mencari kekasihnya, Cik.X yang selalu saja menghilangkan diri. Lepas satu masalah, timbul satu lagi masalah. Dan tugas aku, membantu En.Y mencari Cik.X. Dari dulu hingga kini. Ada kalanya rasa bosan juga jadi orang tengah dalam kisah percintaan mereka tapi it totally worth it bila finally mereka dah bersatu kembali. Lalu aku satukan (substitute) mereka di dalam satu perkahwinan (function). Jadi matchmaker pulak. Ada yang sampai beranak pinak, (substitute x,y in f(x) = C). Ada juga yang tiada rezeki untuk memiliki cahaya mata (when substitute x and y in f(x) =0). Tak apa la, asalkan mereka bahagia :)

PITA aku pasal faraid. Tipulah kalau aku tak rasa cuak sebab PITA aku boleh kata sebahagian besarnya pasal latar belakang faraid. Jalan kira dia ciput je. Senang pulak tu. Tak ada guna sin cos bagai. Lalu penyelia aku, Dr.A cakap,

"Matematik ni lebih dari kira-kira. Saya memang nak tergelak la kalau orang cakap dia suka math sebab dia suka main dengan nombor. Math ni lebih kepada pemahaman. Kenapa kena tambah ni? Kenapa kena darab tu? Contohnya bila kita nak kira bilangan orang dalam equation, dan kita dapat dua nilai, positif dan negatif, kita abaikan yang negatif. Sebab kita tahu bilangan benda mana boleh negatif. Itulah matematik."

Itulah antara kata-kata beliau yang aku ingat. Tapi ayat dia hari tu memang agak bombastik la jugak sampai boleh mencetuskan ilham untuk aku buat entry ni. (Macih banyak dr.A. *wink*). Tapi, bila fikir-fikir balik, memang ye pun. Especially pada peringkat aku ni, mana ada dah jumpa nombor sangat. Yang banyak simbol-simbol ja.

"Kalau ada pensyarah yang persoalkan pasal PITA saya yang tak banyak math ni macam mana dr?" aku bertanya.

"Awak simpan equation awak dan suruh lecturer tu come out dengan equation dia sendiri yang boleh selesaikan masalah faraid tu"

"Gulp"

"Eh, jap. Equation? Maksud dr, sem depan saya kena buat equation sendiri untuk selesaikan faraid??"

Dr.A senyum.

"Memang ada dalam perancangan saya pun, hehe"

Astaghfirullahal'adzim.


Tuesday, 19 November 2013

Hujan

Assalamualaikum,

pokcik google


Hujan,

langit menangis lagi,

para petani mendongak ke langit,

meraup wajah,

syukur.

nelayan menoleh ke belakang,

isterinya berwajah hiba

risau.

senyuman nelayan menepis perasaan gundah isterinya.

"insyaAllah Allah bersamaku"

si isteri kembali tenang.

kembali tersenyum.

Langit terus menangis.

dan aku memandang ke sana.

ke arah deretan kereta.

"sya, kita tumpang letak payung ni dalam kereta sya ye?"

ayat itu ku dengar lagi.

seolah diputar berkali-kali.

macam mana aku nak ke kelas.

kalau langit masih menangis?

dan aku pilih untuk berteduh di sini.

payungtakada

hmm..

oh final year

Assalamualaikum,




Gambar ini diambil sebelum aku kenal apa tu PITA. apa tu sorotan kajian, methodology bagai. diambil di surau jalan biawak (budak u aku tau la jalan apa tu). motif gambar ini tidak dapat dikenal pasti.

Kurang dari 10 jam dari sekarang, aku akan berjumpa dengan dr A. ya, kita panggil dia dr.A saja. dr A merupakan penyelia PITA aku. seriously aku tak ada apa-apa nak bagi kat dia esok. bab dua PITA aku macam serabut je nak buat. so aku proceed la bab tiga, senang sikit. tapi dah jauh malam ni dop siap-siap lagi. bukan salah kerja menimbun, tapi salah aku yang selalu ja mencari aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah untuk dilakukan. lepas Fb, blog. lepas blog, Fb balik. pastu movie pulak.

"Dah kenapa aku ni?" getus hati kecilku apabila geram dengan tindakan sendiri.

Like seriously SNBJay, mana semangat kau masa awal sem dulu. kononnya nak dekan. nak cover balik cgpa kau. attitude macam ni, dekan la sangat.


facepalm apabila mengenangkan betapa bijaknya aku dulu, yang mengandaikan tahun 3 ni tahun senior yang menyeronokkan. senior? belum ada sorang junior pun yang panggil aku kakak masa diorang nak tanya soalan. mungkin sebab effect pencuci muka aku yang tinggi kadar keberkesanannya barangkali. habis hilang garis-garis usia yang tidak sempat lagi singgah di muka ini.

fb

lepas baca ni, kalau tak insaf lagi tak tahu la.